Ahad, 6 Jun 2010

3 Langkah Penting Untuk Melindungi PC Anda Dari Serangan Jah

Masalah yang dihadapi oleh pengguna - pengguna sistem operasi Windows XP kini semakin diancam oleh pelbagai jenis virus, trojans, spyware, malware, adware dan seumpamanya. Pelbagai langkah diambil untuk melindungi komputer namun nampaknya sekalipun menggunakan perisian Antivirus dan AntiSpyware tercanggih, ia tidak menjamin komputer anda telah selamat dan kebal dari serangan virus-virus ini. Justeru itu pengguna-pengguna komputer berasaskan Sistem Operasi Windows disarankan sangat untuk mengambil 3 langkah penting ini: Langkah 1: Gunakan Internet Firewall Sebelum anda menyambungkan komputer anda ke Internet, anda sepatutnya memasang firewall. Ini merupakan suatu perisian atau perkakasan yang membantu melindungi PC anda daripada penggodam, dan banyak jenis virus dan cacing (worms). Jika anda mempunyai sistem pengoperasian Microsoft Windows® XP, anda boleh gunakan Firewall Sambungan Internet terbina dalamnya. Penggunaan firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer. Anda juga harus menggunakan Windows Update dan perisian antivirus untuk membantu melindungi PC anda. Mustahak Firewall Sambungan Internet berfungsi dengan menyekat komunikasi rangkaian jenis tertentu yang kemungkinan berbahaya. Walau bagaimanapun, ia juga menyekat sesetengah tugas komunikasi rangkaian yang berguna (misalnya, berkongsi fail atau pencetak melalui suatu rangkaian, memindahkan fail dalam aplikasi seperti pesanan segera [instant messaging], atau menghos permainan berbilang pemain). Kami amat menyarankan supaya anda menggunakan firewall kerana ia membantu melindungi komputer anda pada masa sekarang. Sekiranya anda memilih untuk memasang Firewall Sambungan Internet, anda boleh kembali kemudian untuk membantu menyahsekat tugas komunikasi rangkaian yang berguna. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim tentang Firewall (Frequently Asked Questions about Firewalls). Langkah-lamgkah di bawah memberitahu anda bagaimana untuk memastikan firewall Windows XP dipasang. Sekiranya anda mempunyai konfigurasi yang berlainan, rangkaian kediaman, atau versi Windows yang berlainan, atau sekiranya anda mengalami masalah semasa melakukan langkah-langkah ini, lihat Soalan Lazim tentang Firewall (Frequently Asked Questions about Firewalls). Untuk memasang Firewall Sambungan Internet 1) Klik Start, dan kemudian klik Control Panel 2) Klik Network and Internet Connections, dan kemudian klik Network Connections. Perhatian: Sekiranya kategori Network and Internet Connections tidak ada, klik Switch to Category View pada bahagian atas kiri tetingkap. 3) Di bawah tajuk Dial-Up atau LAN or High Speed Internet, klik pada ikon untuk memilih sambungan yang anda hendak bantu lindungi. 4) Dalam anak tetingkap tugas di bahagian kiri, di bawah Network Tasks, klik Change settings of this connection. (Sebagai cara pintas, anda boleh klik kanan sambungan yang anda hendak bantu lindungi, dan kemudian klik Properties.) 5) Pada tab Advanced, di bawah Internet Connection Firewall, tanda petak yang bersebelahan dengan Protect my computer and network by limiting or preventing access to this computer from the Internet. Selepas anda menanda petak dan menutup tetingkap Properties, firewall dipasang. Firewall mungkin mengganggu beberapa pengendalian rangkaian seperti perkongsian fail dan cetakan, atur cara yang berkaitan dengan rangkaian atau permainan dalam talian. Untuk maklumat lanjut tentang cara menangani isu-isu ini, lihat halaman Soalan Lazim yang disenaraikan di bawah. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu komputer, ingin menge***** lebih lanjut tentang maklumat teknikal , atau hanya ingin mengetahui lebih lanjut tentang firewall Internet, lihat halaman Soalan Lazim tentang Firewall (Frequently Asked Questions about Firewalls). Langkah 2: Dapatkan Kemas Kini Komputer Jika anda menggunakan Perisian Asli (Genuine) Sistem pengoperasian Microsoft Windows® XP merangkumi ciri Automatic Updates yang boleh memuat turun secara automatik kemas kini keselamatan Microsoft yang terbaharu semasa komputer anda terpasang dan tersambung kepada Internet. (Sekiranya anda tidak pasti apakah versi Windows yang anda sedang gunakan, anda boleh mengetahuinya dengan mengikuti arahan bagi menyemak versi sistem pengoperasian anda). Sebelum anda memasang Automatic Updates, ekloklah sekiranya anda mengemas kini perkakasan dan perisian anda menggunakan Windows Update. Begini caranya: Untuk menggunakan Kemas Kini Automatik bagi memuat turun dan memasang apa-apa kemas kini keselamatan masa hadapan yang penting daripada Microsoft: Klik Start, dan kemudian klik Control Panel. Klik Performance and Maintenance. Sekiranya kategori Performance and Maintenance tidak ada, klik Switch to Category View pada bahagian atas kiri tetingkap. Klik System untuk membuka petak dialog System Properties. Anda akan nampak suatu skrin seperti di bawah. Pada tab Automatic Updates, tanda pada petak yang bersebelahan dengan Keep my computer up to date. Pilih suatu pengesetan. Kami amat menyarankan supaya anda memilih Automatically download the updates, and install them on the schedule that I specify. Sekiranya anda memilih opsyen untuk memuat turun dan memasang kemas kini secara automatik, pilih hari dan waktu komputer anda akan dihidupkan, supaya proses pemasangan boleh dilengkapkan. Sekiranya anda memasang Automatic Updates untuk memaklumkan anda, atau sekiranya mesin anda tertutup pada waktu pemasangan yang dijadualkan, anda akan nampak suatu belon pemberitahuan seperti di bawah. Klik belon pemberitahuan untuk meneliti dan memasang kemas kini. Jika anda menggunakan Perisian Tidak Asli Anda perlu melawati site pihak ketiga seperti softwarepatch.com untuk mendapatkan fail-fail tampalan untin sistem operasi Windows XP anda. Sila muat-turun semua fail patch bermula di kategori essential dari tarikh pertama patch dikeluarkan (2004) sehinggalah tarikh terkini. Sesudah itu anda boleh memuat-turun patch pilihan (optional) dan lain-lain kemaskini. Langkah 3: Gunakan Perisian Antivirus Terkini Bantu komputer anda agar sentiasa sihat dengan bertanya diri anda sendiri soalan-soalan yang berikut: Adakah anda memasang perisian antivirus pada komputer anda? Banyak pengeluar komputer yang utama menyertakan sekurang-kurangnya versi cubaan bagi pakej antivirus yang popular pada komputer baru. Sekiranya anda tidak mempunyai perisian antivirus yang terpasang, ands boleh lawati rencana ini dan pilih mana-mana antivirus yang anda suka. Sekiranya anda telahpun mempunyai perisian antivirus yang terpasang, tetapi anda ingin memasang produk yang baru daripada syarikat lain berlainan, pastikan anda nyahpasang produk yang ada sebelum memasang produk yang baru. Jika anda membiarkan versi yang terdahulu terpasang, konflik boleh berlaku terhadap sistem anda. Adakah perisian antivirus anda terkini? Perisian antivirus yang ketinggalan zaman bermakna perisian antivirus yang tidak berkesan. Perisian antivirus bergantung pada kemas kini yang teratur untuk membantu melindungi daripada ancaman yang terbaharu. Jika anda tidak melanggani kemas kini ini, komputer anda mungkin terdedah terhadap ancaman. Adakah perisian antivirus anda disetkan dengan betul untuk memberikan kemungkinan perlindungan yang terbaik? Pengesetan yang berikut hendaklah dihidupkan secara default semasa anda memasang perisian. Jika anda mematikannya atas apa-apa sebab, pastikan anda menghidupkannya semula sebelum anda menyambung kepada Internet. Pengimbasan "semasa akses" atau "masa nyata" hendaklah dihidupkan. Suatu ikon dalam kawasan pemberitahuan anda sepatutnya muncul untuk menunjukkan bahawa pengesetan ini telah terpasang. Perisian antivirus sepatutnya melaksanakan imbasan berjadual terhadap cakera keras anda. Perisian antivirus sepatutnya dikonfigurasi untuk mengimbas mesej e-mel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan