Rabu, 4 Ogos 2010

Hukum Sertai Facebook

Us.Zahiruddin

2010/01/10 (HM)

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”
SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.
Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Rabu, 30 Jun 2010

Diri Sendiri Wajar Jadi Contoh

KITA seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian.
Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita, tetapi malangnya anak dan isteri kita masih tidak mampu kita ubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.

Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri tidak berkesan. Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan. Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. "Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri.

Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri.


2010/04/30 (HM)

Isnin, 21 Jun 2010

JAGA AURAT KITA

PAKAIAN / AURAT

Al-Quran > Surah Al-A'raaf> Ayat 26

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).


Al-Quran > Surah An-Nuur> Ayat 31

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


Al-Quran > Surah An-Nuur> Ayat 60

Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Al-Quran > Surah Al-Ahzaab> Ayat 53

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga dia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah dia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.


Al-Quran > Surah Al-Ahzaab> Ayat 55

Tidak ada salahnya kepada perempuan-perempuan (yang tidak berpakaian yang melindungi anggota yang haram dipandang oleh lelaki asing itu) menemui bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka dan saudara-saudara lelaki mereka dan anak-anak lelaki saudara-saudara lelaki mereka dan anak-anak lelaki saudara-saudara perempuan mereka dan perempuan-perempuan Islam mereka, serta hamba-hamba yang dimiliki oleh mereka dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.


Al-Quran > Surah Al-Ahzaab> Ayat 59

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ahad, 20 Jun 2010

AQIQAH DAN HUKUM BERKAITAN ANAK BARU LAHIR

Pengertian Aqiqah dan Hukumnya

Ulamak Hanafi berpendapat aqiqah adalah harus dan tidak sunat, kerana korban yang disyara'kan telah menasakhkan semua bentuk sembelihan yang pernah dilakukan sebelumnya termasuk, aqiqah, rajabujyah dan al-'atirah. Dengan demikian, seseorang itu boleh melakukannya atau tidak melakukannya mengikut kemahuannya. Pemansuhan ini sabit melalui kenyataan 'Aisyah r.a. yang telah menyebut, "Korban yang disyara'kan menasakhkan semua bentuk penyembelihan yang ada sebelumnya."

Aqiqah ialah binatang sembelihan yang disembelih untuk seorang bayi yang baru dilahirkan pada hari ketujuh. Pada mulanya perkataan ini digunakan di sudut bahasa untuk makna rambut yang ada di atas kepala bayi yang dilahirkan. Orang Arab kemudiannya menggunakannya sebagai nama bagi binatang sembelihan yang dilakukan sewaktu mencukur rambut bayi berdasarkan adat kebiasaan mereka yang menamakan sesuatu mengikut nama perkara yang menjadi sebab atau yang berdekatan dengannya.

Al-Rajahiyyah pula bermakna; kambing yang disembelih oleh orang Arab pada setiap bulan Rejab dan ini merupakan amalan mereka semasa jahiliyah. la dimasak dan dimakan oleh ahli keluarga serta dijamukan kepada yang lain.

Al-'atirah pula bermaksud anak unta atau anak kambing yang per-tama dilahirkan. la disembelih dan dimakan oleh tuannya serta dijamu makan kepada yang lain. Ada juga yang memberi pengertian sebagai kambing yang disembelih pada bulan Rejab sebagai menunaikan nazar ataupun anak kambing yang disembelih apabila seseekor kambing itu telah melahirkan 10 ekor anak.

Yang sebenarnya al- 'attrah adalah sama dengan al-Rajabujyah, sama ada dinazar ataupun tidak. la adalah satu amalan jahiliyah.

Para fuqahak kecuali Ulamak Hanafi berpendapat; amalan al-'attrah atau al-rajabujyah bukan merupakan amalan sunat. Seseorang bapa disunatkan supaya melakukan aqiqah untuk anaknya dengan menggunakan hartanya. la tidak wajib, kerana Nabi s.a.w. seperti yang diriwayatkan dalam Hadith Ibn Abbas telah melakukan aqiqah untuk cucunya Hasan dan Husin a.s. seekor kibasy bagi setiap orang.Baginda telah bersabda:

Bersama setiap anak itu satu aqiqah. Oleh itu hendaklah kamu alirkan darah baginya dan elakkan daripadanya segala keburukan.

Sabda Baginda lagi:

Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, ia hendaklah disembelih pada hari ketujuhnya dan pada hari itulah ia diberikan nama dan dicukur kepalanya.

Para Ulamak Syafi'i mengatakan aqiqah ini sunat bagi mereka yang wajib memberikan nafkahnya.

Jenis Binatang Aqiqah, Umur dan Sifatnya

Binatang yang dijadikan aqiqah adalah sama seperti binatang yang mahu dijadikan korban, berupa binatang ternakan an aam iaitu unta, lembu dan kambing. Ada kalangan yang berpendapat lembu dan unta tidak boleh dijadikan aqiqah.

Bilangannya

Bilangan aqiqah mengikut pendapat Ulamak Maliki adalah seekor kambing untuk seorang anak lelaki ataupun perempuan, berdasarkan Hadith Ibn Abbas yang telah dinyatakan, iaitu Rasulullah s.a.w. telah melakukan aqiqah untuk Hasan seekor kambing dan untuk Husin seekor kambing. Ini adalah kadar yang berpatutan serta paling tidak memberatkan.

Ulamak Syafi'i dan Hanbali pula berpendapat: Aqiqah untuk seorang anak lelaki adalah dua ekor kambing sementara bagi anak perempuan pula seekor kambing. Ini berdasarkan Hadith 'Aisyah yang telah menyebut:

Untuk seorang anak lelaki dua ekor kambing yang sempurna dan untuk seorang anak perempuan pula seekor kambing.

Hadith Ibn Abbas yang telah disebutkan tadi dikira bagi menunjukkan keharusan. Satu per tujuh ekor unta atau lembu juga dikira sama dengan seekor kambing. Dengan itu harus jika seekor unta atau lembu disembelih untuk tujuh orang bayi, walaupun terdapat di kalangan mereka yang masuk serta dalam penyembelihan aqiqah itu hanya bertujuan untuk mendapatkan dagingnya sahaja. Bilangan aqiqah adalah mengikut bilangan anak.

Waktunya

Sembelihan aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran seseorang bayi. Hari kelahiran juga dikira dalam tujuh hari berkenaan.

Jika dia dilahirkan pada waktu malam maka dikira bermula daripada siang hari berikutnya. Mengikut pendapat Ulamak Maliki, jika kelahirannya berlaku sewaktu fajar atau sebelumnya, maka hari tersebut dikira.

Jika dia dilahirkan selepas naik fajar, maka hari tersebut tidak diambil kira. Ada juga di kalangan mereka pendapat yang mengatakan: Jika kelahiran berlaku sebelum Zuhur barulah diambil kira tetapi jika selepasnya maka hari tersebut tidak dikira.

Sembelihan aqiqah pula sunat dilakukan pada waktu pagi sehingga gelincir matahari. la tidak sunat dilakukan pada waktu malam.

Ulamak Syafi'i dan Hanbali juga menegaskan, jika sembelihan aqiqah ini dilakukan sebelum hari ketujuh atau selepasnya masih dikira memadai.

Ulamak Hanbali dan Maliki menambah; aqiqah tidak patut dilakukan oleh selain daripada bapa. Begitu juga tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak itu sendiri setelah dia dewasa, kerana ia disyara'kan ke atas bapa, oleh itu ia tidak harus dilakukan oleh mereka yang lain.

Sebahagian Ulamak Hanbali memilih pendapat yang mengatakan, seseorang itu disunat melakukan sendiri aqiqah untuk dirinya dan aqiqah tidak hanya terkhusus untuk anak kecil sahaja, oleh itu bapa boleh melakukan aqiqah untuk seseorang anaknya walaupun selepas dia baligh, kerana tidak ada masa akhir ditentukan untuk melakukannya.

Selepas membaca Bismillah, orang yang menyembelih aqiqah hendaklah menyebut:

Ya Allah, daripada-Mu dan kepada-Mu aqiqah si anu.

Ini berdasarkan Hadith berkaitannya yang terdapat dalam riwayat al-Baihaqi dengan sanad yang baik. 'Aisyah pula meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. telah melakukan aqiqah untuk Hasan dan Husin dan Baginda bersabda:

Hendaklah kamu menyebut: Bismillah, Ya Allah untuk-Mu dan kepada-Mu aqiqah si anu.

Amalan melumurkan kepala bayi dengan darah binatang aqiqah adalah makruh agar ia dapat dibezakan daripada amalan jahiliyah yang melumurkan kepala bayi dengan darahnya. 'Aisyah menyatakan,

"Pada masa jahiliyah mereka mencelup kapas ke dalam darah aqiqah kemudian mereka letakkan ke atas kepala bayi, lalu Rasulullah s.a.w. rnengarahkan supaya darah itu ditukarkan dengan za'faran."

Di antara dalil lain yang menunjukkan perbuatan melumurkan darah ini makruh ialah sabda Nabi

Bersama seorang kanak-kanak itu aqiqahnya. Oleh itu hendaklah kamu alirkan darah untuknya dan hindarkanlah daripadanya segala keburukan.

Hukum Daging dan Kulitnya

Seperti juga daging korban, daging aqiqah hendaklah dimakan dan disedekah. Ia sedikit pun tidak boleh dijual.

Daging aqiqah sunat dimasak dan dimakan oleh anggota keluarga dan mereka yang lain di rumah mereka. Mengikut Ulamak Maliki, aqiqah makruh dibuat kenduri dengan menjemput orang ramai.

Mereka juga berpendapat harus dipecah dan dipatahkan tulangnya tetapi tidak sunat. Sementara Ulamak Syafi'i dan Hanbali pula berpendapat memecahkan tulang tidak dihukum makruh kerana tidak terdapat sebarang dalil yang sabit melarangnya, bahkan ia dikira menyalahi cara yang lebih patut.

Yang mustahab ialah dilapah dan diceraikan semua anggotanya tanpa mematahkan tulangnya dengan harapan agar anggota bayi juga akan selamat. Ini berdasarkan Hadith yang diriwayatkan daripada 'Aisyah yang telah menyatakan bahawa mengikut Sunnahnya bagi setiap orang kanak-kanak lelaki dua ekor kambing yang elok dan untuk kanak-kanak perempuan pula seekor kambing yang dimasak tanpa dipecah dan dipatahkan tulangnya serta dimakan, dijamu dan disedekahkan. Ini semua dilakukan pada hari ketujuh.

Al-Imam Ahmad pula dalam satu riwayat daripada beliau mengharuskan kulit dan kepala binatang aqiqah dijual dan disedekahkan.

Adalah mustahab hukumnya daging aqiqah disedekahkan kepada bidan yang menyambut kelahiran bayi, berdasarkan Hadith Mursal Abu Daud bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda terhadap aqiqah yang telah dilakukan oleh Fatimah untuk Hasan dan Husin:

Hendaklah kamu hantarkannya kepada mak bidan melalui seseorang. Makanlah kamu serta jamukan dan jangan kamu patahkan tulang-tulangnya satu pun.

HUKUM-HUKUM BERKAITAN BAYI

Adalah mustahab seorang bapa melakukan azan di telinga kanan bayi dan iqamat di telinga kirinya sewaktu dia dilahirkan131 kerana Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Abu Rafi' telah azan di telinga Hasan sewaktu Fatimah melahirkannya. la juga berdasarkan Hadith Marfuk yang diriwayatkan oleh Ibn al-Sinniy daripada Hasan bin Ali:

Setiap yang pendapat cahaya mata lalu dia azan di telinga anaknya dan iqamat di telinga kirinya pasty ia terhadap daripada bencana jin. (Umm al-Sibyan).

Daripada Ibn Abbas pula menyebut:

Bahawa Nabi s.a.w. telah melakukan azan di telinga Hasan bin Ali pada hari dia dilahirkan juga Baginda iqamat di telinga kirinya.

Oleh kerana kedua-dua Hadith tersebut lemah, maka penulis berpendapat memadai dilakukan azan sahaja seperti yang sabit dalam Hadith Abu Rafi'. Ini adalah agar menjadikan kalimah tauhid mengesakan Allah ungkapan pertama menerjah ke dalam pendengarannya sewaktu dia mula menjengah ke dunia, sebagaimana dia juga diajar sewaktu mahu keluar daripadanya nanti. Ucapan ini juga boleh menjauhkan syaitan kerana seperti yang dinyatakan dalam Hadith mereka akan cabut lari setiap kali mendengar azan.

Sunat juga dibisikkan ke telinga bayi yang baru dilahirkan dengan bacaan berikut:

Aku melindungkannya serta zuriat keturunannya di bawah pemeliharaan-Mu daripada syaitan yang terlaknat.

Bacaan ini dilakukan walaupun bayi tersebut lelaki. la adalah sebagai bacaan al-Qur'an dan mengambil keberkatan daripadanya. Dhamir untuk perempuan dalam ayat adalah dipakai dengan maksud jiwa.

Dalam Musnad Ibn Razin pula menyebut bahawa Nabi s.a.w membacakan Surah al-Ikhlas di telinga bayi yang baru lahir.

Bayi yang baru dilahirkan sunat ditahnik dengan buah tamar. Buah tersebut hendaklah dikunyah kemudian diusapkan ke bahagian dalam mulutnya. Mulutnya dibuka agar buah tamar tadi dapat sampai sedikit ke dalam perutnya. Jika buah tamar tidak ada, maka gunakan sebarang bahan makanan yang manis. Ini berdasarkan Hadith yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada Abu Musa katanya:

"Seorang bayiku telah dilahirkan lalu aku membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda telah menamakannya dengan nama Ibrahim dan Baginda juga telah mentahniknya."

Dalam riwayat Bukhari ditambah dengan ungkapan;

"Dan Baginda mendoakan keberkatan untuknya lalu menghulurkannya semula kepadaku."

Ibrahim adalah anak tertua kepada Abu Musa. Anas pula telah meriwayatkan dengan katanya:

Aku telah membawa Abdullah bin Abu Talhah kepada Rasulullah s.a.w. sewaktu din dilahirkan, lalu Baginda bertanya, adakah engkau mempunyai tamar. Aku menjawab ya, lalu akupun menyerahkan kepada Rasulullah s.a.w. beberapa biji tamar lalu Baginda memamah-nya dan Baginda membuka mulutnya dan disuapkan dengan tamar itu, bayi itu pun menjilat-jilatnya lalu Baginda pun bersabda memang tamar ini menjadi kesukaan Ansar. Baginda pun menamakannya Abdullah.

Sunat mengucapkan tahniah kepada bapa bayi yang mendapat cahaya mata dengan menyebut,

"Semoga Allah memberikan keberkatan dengan kurniaan-Nya kepadamu dan bersyukur kepada Allah, semoga dia sampai dewasa dan engkau akan mendapat kebaikannya."

Si bapa pula hendaklah menjawab ucapan tahniah itu dengan menyebut,

"Semoga Allah juga memberkatimu" ataupun "Allah mengurniakan pahala yang besar kepadamu," atau sebagainya.

Rambut bayi yang baru dilahirkan juga sunat dicukur pada hari ke-tujuh selepas dilahirkan. Pada hari itu juga dia diberikan namanya, selepas menyembelih aqiqah dan bersedekah emas atau perak seberat timbangan rambutnya itu kerana Nabi s.a.w. telah mengarahkan kepada Fatimah dengan sabdanya:

Hendaklah engkau timbang rambut Husin ini dan bersedekahlah dengan perak mengikut timbangannya.

Demikian juga Baginda telah bersabda kepadanya sewaktu dia melahirkan Hasan:

Cukurlah rambutnya dan bersedekahlah perak mengikut timbangannya.

Bersedekah dengan emas adalah diqiyaskan kepada perak.

Amalan mengkhatan bayi pada hari kelahiran atau di hari ketujuh adalah makruh, kerana ia merupakan amalan orang Yahudi.

Berkhatan atau bersunat bagi anak lelaki merupakan sunat muakkad mengikut pendapat Ulamak Maliki dan Hanafi, sementara berkhatan anak perempuan pula adalah suatu kemuliaan.

Dalam melakukan khatan bagi anak perempuan sunat jangan melampau, iaitu tidak harus membuang kulit supaya dapat mengekalkan keseronokannya dalam berjima'.

Mengikut Ulamak Syafi'i pula, berkhatan adalah fardu ke atas anak lelaki atau wanita.

Imam Ahmad pula berkata, "Berkhatan wajib ke atas kaum lelaki dan merupakan satu kebaikan bagi wanita. Ini biasanya berlaku di negeri-negeri yang panas.

Mengikut Ulamak Maliki, pelaksanaan khatan ini sebaiknya ditangguhkan sehingga dia boleh disuruh melakukan sembahyang, iaitu di antara umur tujuh tahun sehingga sepuluh tahun.

Para bapa sunat menamakan anak mereka dengan nama yang baik berdasarkan Hadith yang menyebut:

Sesungguhnya kamu akan diseru pada Hari Kiamat dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu, oleh itu hendaklah kamu mengelokkan nama kamu.

Nama yang paling afdal ialah Abdullah, Abdul Rahman berdasarkan Hadith riwayat Muslim, Abu Daud menambah:

Yang paling benar ialah Harith dan Humam dan yang paling buruk ialah Harb dan Murrah.

Begitu juga setiap nama yang disandarkan kepada nama Allah. Begitu juga nama para Nabi dan Malaikat berasaskan Hadith:

Berilah nama seperti namaku tetapi jangan menggunakan nama gelaranku (Kuniyah).

Imam Malik menyatakan, "Aku mendengar orang Madinah mengatakan, setiap rumah yang terdapat di dalamnya nama Muhammad pasti akan di kurniakan rezeki yang baik." Menggunakan gelaran Abu al-Qasim adalah haram.

Nama-nama yang buruk seperti syaitan, zalim, syihab, humar adalah makruh digunakan. Begitu juga nama yang biasanya mempunyai makna yang tidak tercapai, seperti Najih, Barakah. Ini berdasarkan Hadith:

Janganlah sekali-kali kamu menamakan anakmu dengan nama, aflah, najih, yasaran atau rabahan kerana apabila engkau mengatakan, apakah ia begitu, maka Allah akan mengatakan, tidak.

Adalah sunat menukarkan nama-nama yang buruk juga yang mempunyai anggapan buruk, berasaskan Hadith Muslim:

Bahawa Nabi s.a.w telah menukarkan nama 'Asiyah, sabda Baginda engkau adalah bernama Jamilah.

Dalam Hadith sahih Bukhari dan Muslim pula menyebut bahawa Baginda telah menukarkan nama Barrah kepada Zainab, iaitu Zainab binti Jahsy.

Menamakan seseorang daripada satu nama adalah harus, tetapi menggunakan hanya satu nama adalah lebih baik, kerana inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap anak-anaknya.

Menamakan seseorang dengan nama penghulu manusia, atau Ulamak atau hakim atau al-Arab adalah amat makruh kerana itu adalah satu pembohongan.

Menggunakan nama Raja segala yang memiliki Syahan Syah, yang juga sama erti dengan Malikul al-Muluk adalah tidak harus, kerana nama-nama begini hanya layak untuk Allah sahaja. Menggunakan nama Abd al-Nabi mungkin boleh jika ia hanya sekadar nama, bukan dimaksudkan Nabi s.a.w. Bagaimana pun kebanyakan Ulamak lebih cenderong untuk tidak membenarkan penggunaan nama tersebut kerana bimbang ia terlibat dengan menyekutukan dalam i'tikad dan erti pengabdian sebenar kepada Allah.

Menggunakan nama Abdul Kaabah atau Abdul Uzza adalah tidak harus. Begitu juga haram menggelarkan seseorang dengan sesuatu gelaran yang buruk, walaupun perkara itu memang wujud pada dirinya, seperti juling, rabun dan sebagainya. Bagaimanapun jika gelaran itu hanya disebut dengan maksud mengenalkannya untuk orang yang hanya dapat mengenalinya melalui gelaran itu, maka hukumnya adalah harus.

Gelaran-gelaran yang elok seperti gelaran para sahabat adalah harus, seperti Umar al-Faruq, Hamzah Asadullah, Khalid Sayfullah.

Adalah haram menggunakan nama-nama yang hanya layak untuk Allah, seperti Quddus, al-Barr, Khaliq, al-Rahman. Pengertian yang ada pada nama-nama itu tidak layak selain untuk Allah S.W.T.

Petikan Dari Fiqh Dan Perundangan Islam Dr Wahbah Az Zuhaili

assalamualaikum,

ini saya nak tanyalah, mungkin telah ada persoalan ini diutarakan, tetapi saya tidak menjumpainya.

1. sebagai mana daging aqiqah sunat dimasak, sebaliknya pula pada daging korban sunat diagihkan mentah kan. bagaimana jika daging korban dimasak banyak2 kemudian baru diagih2kan. adakah jatuh hukumnya haram, atau korban itu tidak terhasil maksudnya ataupun boleh juga dimasak tetapi makruh atau bagaimana?

hal ini berlaku di sebuah tempat, bila daging korban dimasak, ada sesetengah orang mengatakan sudah tidak dikira korban.mohonlah tuan perjelaskan sedikit.

2. berkenaan sembelihan, salah satu rukunnya memutuskan urat marih dan halqum.
timbul persoalan dibenak fikiran saya ini sekian lamanya, mengapa halqum dan marih itu yang mesti diputuskan. halqum (salur makan) mrih (pernfasan), jika hendak dikatakan memutuskan 2 urat halqum dan marih itu akan menyegerakan mati tidak pula pada manusia, jika salur pernafasan dipotong dan ditebuk diluar dia masih boleh hidup seperti biasa. kalau difikir dari logik akal 2 urat alwadajan itu yng boleh mematikan,kerana ia salur darah, sedangkan ia jadi sunat pula. saya dalam kekeliruan, bagaimana saya bisa mendapatkan jawapannya.

terimakasih.

Ahad, 13 Jun 2010

Doa Pagi Dan Petang

DOA SETIAP PAGI DAN PETANG

*“Ya allah sesungguhnya aku mohon padaMu keampunan dan kesihatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku mohon padaMu keampunan dan kesihatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan hartabendaku.
“Ya Allah, tutupkanlah segala keburukan dan berikanlah ketenangan daripada segala yang mengejutkan hatiku. Ya Allah engkau peliharalah aku daripada segal bahaya yang ada di hadapanku, di belakangku, di kananku, kiriku dan bahaya yang datang dari atas. Aku mohon perlindungan dengan kebesaranMu daripada mara bahaya yang membinasakan dari bawahku.”

-Riwayat Imam Abu Daud, daripadaRasulullah S.A.W. yang tak pernah meninggalkan doa ini.

*************************************************************
*“Ya Allah sesungguhnya aku mohon kepada kebaikan yang datang mendadak, aku mohon juga perlindunganMu daripada kejahatan yang datang mendadak. Kerana sesungguhnya seseorang hamba itu tdak akan tahu apa sahaja yang akan datang kepada nya dengan tiba-tiba waktu pagi dan petang”.

-Riwayat Anas bin Malik mengenai doa yang di baca Rasulullah.

*************************************************************
*Ya Allah tuhan yang mencipta langit dan bumi, yang mengetahui ghaib dan yang jelas. Engkaulah yang memelihara setiap sesuatu dan memilikinya.Aku mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan engkau sendiri dan tiada yang menyekutuiMu. Sesungguhnya Muhammad itu hambaMu dan utusanMu. Aku mohon perlindungan Mu daripada kejahatan diri sendiri dan daripada kejahatan syaitan yang mengajakku syirik kepadaMu. Aku mohon perlindunganMu daripada kejahatan yang aku bawa untuk diriku sendiri atau kejahatan yang ku bawa untuk orang Muslim lain.

-Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai’.

Doa Harian (Dalam Bahasa Melayu)

Doa harian dalam Bahasa Melayu bagi yang tidak faham Bahasa Arab untuk diamalkan.

DOA BAGI ANAK YANG BARU LAHIR
Aku mohonkan perlindungan kepadaMu dengan kalimat-kalimat Allah agar terhindar dari godaan-godaan syaitan dan binatang berbisa; dan sorotan mata jalang yang berakibat buruk.

DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN
Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.

DOA DALAM SEGALA WAKTU TERUTAMA SELEPAS SOLAT
Wahai Allah, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak didengar (dimakbulkan).

DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN
Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.

DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku mohon kepada engkau petunjuk dan taqwa, iffah (berhati-hati dalam segala hal) dan kekayaan jiwa.

DOA MENYEMBUHKAN DEMAM
(Jika suhu badan meningkat naik tanpa merasai sejuk, ayat-ayat al quran berikut dibaca)Katakanlah: Wahai api, jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim.

MOHON KEBAHAGIAAN SEPANJANG HARI
Wahai Allah, jadikanlah hari kita ini merupakan kebaikan, sedang pertengahannya merupakan kebahagiaan dan penghabisannya merupakan keuntungan.

DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN
Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)

DOA KETIKA TIMBUL PEMIKIRAN JAHAT
Aku berlindung diri pada Allah dari gangguan syaitan; dan aku berimah kepada Allah dan rasul Nya.

DOA KETIKA MENEGUK AIR
Ya Allah, berilah kami minum dan berkatilah kami dengan turunnya hujan.

DOA SEWAKTU MELIHAT KEMUNGKARAN
Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

DOA KETIKA BERHENTI DI SUATU TEMPAT
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari bahaya apa yang telah dijadikan.

DOA KETIKA PULANG DARI PERJALANAN
Ya Allah, kami semuanya kembali, bertaubat, beribadat dan memuji syukur kepada Tuhan kami.

DOA AGAR TIDAK MEMBANTU ORANG BERDOSA
Musa Berdoa: "Ya Tujhan ku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku. aku sekali-kali tidak akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa.

TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS
Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.

DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW
Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.

DOA MOHON DIBERI HIKMAH KEBIJAKSANAAN
Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmat Mu, dan limpahkanlah atas kami rahmat dari perbendaharaan rahmat Mu, Ya Allah Tuhan kami yang maha kasih sayang.

DOA MOHON DITETAPKAN IMAN
Ya Allah, Tetapkanlah kami dalam agama "Islam" dan peliharalah iman kami.

DOA MENGHADAPI MUSUH YANG MENGANCAM DIRI KITA
Cukup aku berpegang kepada Allah dari segala sesuatu, Allah mengalahkan segala sesuatu, tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah, tidak ada daya dan kekuatan, hanya daya dan kekuatan Allah yang maha tinggi dan maha besar.

DOA BADAN TERASA SAKIT
Ya Allah, Tuhan sekalian manusia , semuga Engkau hilangkan penderitaan ku dan Engkau sembuhkan aku, Ya Allah tuhan yang maha penyembuh. Tidak ada kesembuhan, hanya kesembuhan yang datang dari Engkau, kesembuhan yang tidak berulang lagi. didalam tangan Mu semua kebajikan dan Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN MUDAH MEMAHAMI
Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.

DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR
Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.

DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT
Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI
Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.

DOA MOHON DIHILANGKAN RASA TAKUT TERHADAP SYAITAN
Aku berlindung dengan kalimah Tuhan yang maha sempurna daripaga syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan.

DOA MOHON KEKUATAN IMAN
Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.

DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN
Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.

UCAPAN KALIMAH TAHMMID SETELAH BANGUN TIDUR
Segala puju bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah dimatikan Nya untuk sementara waktu, dan kepada Nya kami akan kembali.

DOA KETIKA DATANG MUSIBAH
Ya Allah, berilah ampunan kepadaku dan dia dan ikutkanlah aku bersamanya dengan akibat yang baik.

DOA JIKA MEMPUNYAI HAJAT YANG BESAR
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu iman yang aku guna untuk mencari kebenaran. Cahaya yang aku jadikan ikutan dan rezeki yang aku cukupkan.

DOA TOLAK BALA
Puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan kepadaku, dan Ia telah mengutamakan aku dari segala banyak makhluk.

DOA MINTA MULIAKAN KELUARGA
Ya Allah! berikanlah bagi kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

DOA UNTUK PENGANTIN
Mudah-mudahan Allah memberkati engkau segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikkan.

DOA KETIKA MEMULAKAN SOLAT
Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari bisikan-bisikan syaitan. dan aku berlindung kepada Mu (pula), wahai Tuhan ku dari kedatangan mereka kepadaku.

10 Tip Yakin Perniagaan

1. Mengurangkan kuasa atau rasa hati

2. Mengambi kesempatan terhadap ‘tenaga cemas’.

3. Menjadi model untuk diri sendiri

4. Mengenakan pakaian yang bersesuaian supaya lebih yakin.

5. Bercakap dengan suara yang yakin

6. Bahasa badan lebih kuat daripada suara.

7. Gaya hidup dalam model yang berkeyakinan.

8. Kejayaan yang singkat untuk mempertahankan keyakinan yang lama.

9. Berani mengakui kesilapan, tetapi tetap meneruskan perjalanan.

10.Mengambil peluang dengan jujur.

Selasa, 8 Jun 2010

Kuliah 9 : Hadith Dan Muamalah : MLM Syariah vs MLM Konvensional Oleh : Ust. Ahmad Adnan Fadzil Dipetik dari blog Soal-Jawab Agama

Soalan; Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM : apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?Jawapan :Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus. Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut :1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.
Saling meredhaiSaling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).Syarat-syarat bagi akad perniagaanBagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah :1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.Larangan-larangan Syarak dalam perniagaanSetiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu :a) Membantu kepada perbuatan maksiatb) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuanc) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasand) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah :(1) Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.(2) Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).(3) Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah :( a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.(b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.(c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.(d) Mengurangi timbangan(4) Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.Syarat-syarat yuran keahlianBoleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut :1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).BonusDicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah :“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya :1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.Meletakkan syarat untuk memperolehi BonusMenetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.Jauhi “Sistem Piramid”Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah; 1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan. (Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau ual-beli.Harga barangan/produkDr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk :a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.Wallahu A’lam.Rujukan1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)

Ahad, 6 Jun 2010

3 Langkah Penting Untuk Melindungi PC Anda Dari Serangan Jah

Masalah yang dihadapi oleh pengguna - pengguna sistem operasi Windows XP kini semakin diancam oleh pelbagai jenis virus, trojans, spyware, malware, adware dan seumpamanya. Pelbagai langkah diambil untuk melindungi komputer namun nampaknya sekalipun menggunakan perisian Antivirus dan AntiSpyware tercanggih, ia tidak menjamin komputer anda telah selamat dan kebal dari serangan virus-virus ini. Justeru itu pengguna-pengguna komputer berasaskan Sistem Operasi Windows disarankan sangat untuk mengambil 3 langkah penting ini: Langkah 1: Gunakan Internet Firewall Sebelum anda menyambungkan komputer anda ke Internet, anda sepatutnya memasang firewall. Ini merupakan suatu perisian atau perkakasan yang membantu melindungi PC anda daripada penggodam, dan banyak jenis virus dan cacing (worms). Jika anda mempunyai sistem pengoperasian Microsoft Windows® XP, anda boleh gunakan Firewall Sambungan Internet terbina dalamnya. Penggunaan firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer. Anda juga harus menggunakan Windows Update dan perisian antivirus untuk membantu melindungi PC anda. Mustahak Firewall Sambungan Internet berfungsi dengan menyekat komunikasi rangkaian jenis tertentu yang kemungkinan berbahaya. Walau bagaimanapun, ia juga menyekat sesetengah tugas komunikasi rangkaian yang berguna (misalnya, berkongsi fail atau pencetak melalui suatu rangkaian, memindahkan fail dalam aplikasi seperti pesanan segera [instant messaging], atau menghos permainan berbilang pemain). Kami amat menyarankan supaya anda menggunakan firewall kerana ia membantu melindungi komputer anda pada masa sekarang. Sekiranya anda memilih untuk memasang Firewall Sambungan Internet, anda boleh kembali kemudian untuk membantu menyahsekat tugas komunikasi rangkaian yang berguna. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim tentang Firewall (Frequently Asked Questions about Firewalls). Langkah-lamgkah di bawah memberitahu anda bagaimana untuk memastikan firewall Windows XP dipasang. Sekiranya anda mempunyai konfigurasi yang berlainan, rangkaian kediaman, atau versi Windows yang berlainan, atau sekiranya anda mengalami masalah semasa melakukan langkah-langkah ini, lihat Soalan Lazim tentang Firewall (Frequently Asked Questions about Firewalls). Untuk memasang Firewall Sambungan Internet 1) Klik Start, dan kemudian klik Control Panel 2) Klik Network and Internet Connections, dan kemudian klik Network Connections. Perhatian: Sekiranya kategori Network and Internet Connections tidak ada, klik Switch to Category View pada bahagian atas kiri tetingkap. 3) Di bawah tajuk Dial-Up atau LAN or High Speed Internet, klik pada ikon untuk memilih sambungan yang anda hendak bantu lindungi. 4) Dalam anak tetingkap tugas di bahagian kiri, di bawah Network Tasks, klik Change settings of this connection. (Sebagai cara pintas, anda boleh klik kanan sambungan yang anda hendak bantu lindungi, dan kemudian klik Properties.) 5) Pada tab Advanced, di bawah Internet Connection Firewall, tanda petak yang bersebelahan dengan Protect my computer and network by limiting or preventing access to this computer from the Internet. Selepas anda menanda petak dan menutup tetingkap Properties, firewall dipasang. Firewall mungkin mengganggu beberapa pengendalian rangkaian seperti perkongsian fail dan cetakan, atur cara yang berkaitan dengan rangkaian atau permainan dalam talian. Untuk maklumat lanjut tentang cara menangani isu-isu ini, lihat halaman Soalan Lazim yang disenaraikan di bawah. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu komputer, ingin menge***** lebih lanjut tentang maklumat teknikal , atau hanya ingin mengetahui lebih lanjut tentang firewall Internet, lihat halaman Soalan Lazim tentang Firewall (Frequently Asked Questions about Firewalls). Langkah 2: Dapatkan Kemas Kini Komputer Jika anda menggunakan Perisian Asli (Genuine) Sistem pengoperasian Microsoft Windows® XP merangkumi ciri Automatic Updates yang boleh memuat turun secara automatik kemas kini keselamatan Microsoft yang terbaharu semasa komputer anda terpasang dan tersambung kepada Internet. (Sekiranya anda tidak pasti apakah versi Windows yang anda sedang gunakan, anda boleh mengetahuinya dengan mengikuti arahan bagi menyemak versi sistem pengoperasian anda). Sebelum anda memasang Automatic Updates, ekloklah sekiranya anda mengemas kini perkakasan dan perisian anda menggunakan Windows Update. Begini caranya: Untuk menggunakan Kemas Kini Automatik bagi memuat turun dan memasang apa-apa kemas kini keselamatan masa hadapan yang penting daripada Microsoft: Klik Start, dan kemudian klik Control Panel. Klik Performance and Maintenance. Sekiranya kategori Performance and Maintenance tidak ada, klik Switch to Category View pada bahagian atas kiri tetingkap. Klik System untuk membuka petak dialog System Properties. Anda akan nampak suatu skrin seperti di bawah. Pada tab Automatic Updates, tanda pada petak yang bersebelahan dengan Keep my computer up to date. Pilih suatu pengesetan. Kami amat menyarankan supaya anda memilih Automatically download the updates, and install them on the schedule that I specify. Sekiranya anda memilih opsyen untuk memuat turun dan memasang kemas kini secara automatik, pilih hari dan waktu komputer anda akan dihidupkan, supaya proses pemasangan boleh dilengkapkan. Sekiranya anda memasang Automatic Updates untuk memaklumkan anda, atau sekiranya mesin anda tertutup pada waktu pemasangan yang dijadualkan, anda akan nampak suatu belon pemberitahuan seperti di bawah. Klik belon pemberitahuan untuk meneliti dan memasang kemas kini. Jika anda menggunakan Perisian Tidak Asli Anda perlu melawati site pihak ketiga seperti softwarepatch.com untuk mendapatkan fail-fail tampalan untin sistem operasi Windows XP anda. Sila muat-turun semua fail patch bermula di kategori essential dari tarikh pertama patch dikeluarkan (2004) sehinggalah tarikh terkini. Sesudah itu anda boleh memuat-turun patch pilihan (optional) dan lain-lain kemaskini. Langkah 3: Gunakan Perisian Antivirus Terkini Bantu komputer anda agar sentiasa sihat dengan bertanya diri anda sendiri soalan-soalan yang berikut: Adakah anda memasang perisian antivirus pada komputer anda? Banyak pengeluar komputer yang utama menyertakan sekurang-kurangnya versi cubaan bagi pakej antivirus yang popular pada komputer baru. Sekiranya anda tidak mempunyai perisian antivirus yang terpasang, ands boleh lawati rencana ini dan pilih mana-mana antivirus yang anda suka. Sekiranya anda telahpun mempunyai perisian antivirus yang terpasang, tetapi anda ingin memasang produk yang baru daripada syarikat lain berlainan, pastikan anda nyahpasang produk yang ada sebelum memasang produk yang baru. Jika anda membiarkan versi yang terdahulu terpasang, konflik boleh berlaku terhadap sistem anda. Adakah perisian antivirus anda terkini? Perisian antivirus yang ketinggalan zaman bermakna perisian antivirus yang tidak berkesan. Perisian antivirus bergantung pada kemas kini yang teratur untuk membantu melindungi daripada ancaman yang terbaharu. Jika anda tidak melanggani kemas kini ini, komputer anda mungkin terdedah terhadap ancaman. Adakah perisian antivirus anda disetkan dengan betul untuk memberikan kemungkinan perlindungan yang terbaik? Pengesetan yang berikut hendaklah dihidupkan secara default semasa anda memasang perisian. Jika anda mematikannya atas apa-apa sebab, pastikan anda menghidupkannya semula sebelum anda menyambung kepada Internet. Pengimbasan "semasa akses" atau "masa nyata" hendaklah dihidupkan. Suatu ikon dalam kawasan pemberitahuan anda sepatutnya muncul untuk menunjukkan bahawa pengesetan ini telah terpasang. Perisian antivirus sepatutnya melaksanakan imbasan berjadual terhadap cakera keras anda. Perisian antivirus sepatutnya dikonfigurasi untuk mengimbas mesej e-mel.

Buat Sahabat

Selamat Datang ke Blog saya.